Saturday, September 22, 2012
UJANA ILMU PPG BM IPGKTAR
widgeo.net
Rabu, 25 Julai 2012
Bahan Kuliah
Tajuk 1
PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET
Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya -http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
Pantun Melayu –
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.
Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL: http://www.karyanet.com.my/bahasa/
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis
Dicatat oleh bmm3105liza di 4:52 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Powered By Blogger
Selamat Datang
Kepada
semua pelajar PPG BM IPGKTAR Ambilan Jun 2011, sila sertai blog
saya
.
Demi Masa
Muslim Calendar
PENGISIAN
▼ 2012 (19)
► September (4)
► Ogos (6)
▼ Julai (8)
Renungan
SELAMAT SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI
Bahan Kuliah
Bahan Kuliah
Bahan Kuliah
Bahan Kuliah
Bahan Kuliah
Bahan Kuliah
► Jun (1)
HAMBA ALLAH
Foto Saya
bmm3105liza
Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Kuala Lumpur Time
Duit Duit Duit
Malaysian Ringgit Exchange Rate
1 MYR
[Un. Arab Emirates Dirham] United Arab Emirates 1.2
[Australian Dollar] Australia 0.312
[Chinese Yuan Renminbi] China 2.06
[Euro] EU 0.252
[Hong Kong Dollar] Hong Kong 2.54
[Indonesian Rupiah] Indonesia 3125
[Israeli New Shekel] Israel 1.28
[Indian Rupee] India 17.6
[Iranian Rial] Iran 4007
[Japanese Yen] Japan 25.6
[Korean Won] Korea (South) 366
[Sri Lanka Rupee] Sri Lanka 43
[Philippine Peso] Philippines 13.6
[Pakistan Rupee] Pakistan 31
[Qatari Rial] Qatar 1.19
[Saudi Riyal] Saudi Arabia 1.23
[Singapore Dollar] Singapore 0.4
[Thai Baht] Thailand 10.1
[Taiwan Dollar] Taiwan 9.59
[American Dollar] United States 0.327
21 Sep 12
WARISAN
Gratisan Musik
Sahabat Saya
Templat Simple. Imej templat oleh luoman. Dikuasakan oleh Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment