Thursday, August 23, 2012
Thursday, August 16, 2012
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat
selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat
- ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau,
kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat
Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan
untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang
demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi
komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang
menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna
wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga
kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya
sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah
kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna
kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti
hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata
majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada
yang bersempang.
8. Dengan
itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang
dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda,
dan sebagainya.
9.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera,
daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi
bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang
berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu
tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air
mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga
puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif
majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah
perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja
majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang
bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja
majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih,
mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting
tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak
mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu
darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap
kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu,
dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila,
manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk
mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
|
air (kata nama) + mata (kata nama)
|
air mata (kata nama)
|
|
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
|
lemah lembut (kata adjektif)
|
|
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
|
mogok duduk (kata kerja)
|
|
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
|
daripada (kata sendi)
|
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
|
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
|
apabila (kata nama)
|
|
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
|
alim utama (kata nama)
|
|
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
|
gulung tikar (kata kerja)
|
|
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
|
tumbuk rusuk (kata nama)
|
|
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
|
cerdik pandai (kata nama)
|
|
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
|
lalu lintas (kata nama)
|
|
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
|
banyak mulut (kata adjektif)
|
|
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
|
lambat laun (kata keterangan)
|
Maknanya
21. Dari segi
maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya,
yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana
maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk
kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada
kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya
tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang
bernama hati.
24. Berikut ialah
beberapa contoh kata majmuk wajar.
|
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
|
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
|
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
|
24. Berikut ialah
beberapa contoh kata majmuk kiasan.
|
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
|
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
|
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
|
Friday, August 10, 2012
Tiga
cara untuk jadikan anak anda cemerlang dalam pelajaran.
Sekarang , ramai di kalangan ibu bapa
mahu anak mereka menjadi manusia yang terbaik apabila dewasa nanti. Mereka
sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memastikan anak mereka mendapat
pelajaran yang sepatutnya. Namun, jika anda merancang tanpa berfikir, sudah
pasti hasilnya anda tidak akan dapat lihat.
Anak – anak sebenarnya tidak suka jika
anda terlalu serius dengan mereka. Ada anak yang otaknya mula mengembang sejak
kecil dan mereka mampu menguasi ilmu dengan pantas ketika kecil. Ada juga anak
yang otaknya lambat berkembang dan hanya mampu menunjukkan potensi sebenar
mereka apabila mereka remaja. Jadi, anda jangan terlalu serius dengan mereka.
Sebaliknya anda didik mereka mengikut kesesuaian yang ada dalam fikiran mereka.
Berikut adalah tiga cara untuk jadikan
anak anda cemerlang dalam pelajaran.
Cara
pertama : Jangan berleter tetapi memuji prestasi anak – anak anda.
Berleter hanya mengeruhkan keadaan.
Jika anak anda tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan, anda jangan
melatah. Sebaliknya anda lihat perkembangan otaknya. Anda puji anak anda setiap
kali dia tunjukkan peningkatan. Apabila di puji, mereka akan gembira lalu
berusaha untuk masa akan datang. Jangan fokus pada sebab kenapa anak anda gagal
tetapi fokus kenapa anak anda meningkat prestasinya.
Untuk tahu kenapa anak anda meningkat,
anda perlu sentiasa berikan dia galakan dan pujian. Ada anak yang cekap
matematik pada masa kecil namun kurang pada subjek yang lain. Anda fokus kenapa
anak anda bijak matematik dan didik dia untuk gunakan cara yang sama pada
pelajaran yang lain bagi meningkatkan prestasi dia.
Cara
kedua : Didik anak anda secara langsung.
Apabila anak anda belajar, anda duduk
di sebelah dia dan tanya dia sama ada dia ada masalah atau tidak. Jika anda
mahir, anda ajar dia mengenai pelajaran tersebut. Jika anda tidak mahir, anda
hanya duduk sebelah dan berikan dia galakan. Beritahu dia untuk tenang dan
belajar untuk masa depan. Beritahu dia bahawa dia ada banyak masa untuk berjaya
kerana dia masih muda. Ketenangan sentiasa menjadikan manusia itu lebih bijak.
Apabila anda lihat dia berjaya menguasi sesuatu ilmu, anda beri dia hadiah
seperti aiskrim atau apa sahaja. Dengan ini dia akan faham jika dia terus
berusaha, pasti dia akan dapat sesuatu sebagai balasan dalam hidupnya.
Cara
ketiga : Ajar anak anda untuk berseronok.
Jika ada anak anda yang sangat liat
atau bengap untuk menguasi sesuatu, anda tukar cara dia belajar pada keadaan
yang lebih menyeronokkan. Anda lihat bagaimana dia belajar dan fokus pada
kekuatan anak anda. Ada anak yang cepat faham jika dia membaca. Ada anak yang
cepat faham jika dia buat latihan atau nampak sesuatu secara berhadapan. Ada
juga anak yang akan faham apabila dia di ajar berkali – kali mengenai perkara
yang sama.
Anda lihat corak dia memahami sesuaut
dan lakukan eksperimen terhadap dirinya untuk melihat cara belajar yang macam
mana dia akan lebih cepat faham. Biar lambat, asal anak anda cemerlang apabila
dewasa nanti.
Incoming
search terms:
- cara ajar anak matematik
- cara bagi anak fokus
- ajar anak cepat faham
- cara untuk cemerlang dalam pelajaran
- cara untuk menjadi manusia cemerlang
- cemerlang dalam pelajaran
- fokus dalam pelajaran
- idea untuk cepat faham pelajaran
- jadikan anak fokus
- kanak kanak kurang fokus dalam pelajaran
Monday, August 6, 2012
Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet
ETIKA KOMPUTER
- Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
- Penggertak
- Penyalahgunaan internet
- Virus
- Hak cipta
- Perisian cetak Rompak
Penggertak:
· Cracker
ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan
sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
· Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat
turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari
segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
- Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.

. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.
3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble

Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat

SSetelah itu masukkan butiran seperti:
- Tajuk program yang akan diadakan
- Nama penaja
- Tarikh dan hari program akan diadakan
- Aktiviti yang akan dijalankan
- Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

Subscribe to:
Posts (Atom)